You are here:: Galeri Berita Berita Semasa Kem Gerko 2017
 
 

Kem Gerko 2017

E-mail Cetak PDF
JOHOR BAHRU, 20 April – Unit Kokurikulum Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis telah mengadakan Kem Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) pada 27 dan 28 April 2017 bertempat di Kem Tasek Utara.

Program ini melibatkan peserta seramai 109 orang daripada Tahap Dua yang terdiri daripada pelajar Tahun 4,5 dan 6 bersama 11 orang guru yang memantau pelajar-pelajar sepanjang program berlangsung.

Pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang aktiviti-aktiviti lasak seperti flying fox dan orienteering disamping perkhemahan dan malam kebudayaan yang sememangnya amat menyeronokkan.

Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah dan saguhati kepada para peserta yang telah menunjukkan komitmen yang terbaik sepanjang program berlangsung.