Image Banner

DANA PEMBINAAN IBNU NAFIS

Assalamualakum.
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T.

Kompleks Pendidikan dan Tahfiz Ibnu Nafis merupakan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Kg Separa Bandar Putra, Kulai. 

Bangunan ini bakal menempatkan Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis dan Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Nafis. Pada ketika ini kami menyewa sementara di bangunan rumah kedai di Indahpura Kulai.

Bangunan ini sangat penting dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak Ibnu Nafis. Mereka memerlukan fasiliti dan prasarana pendidikan yang lengkap sebagaimana sekolah yang lain.

Dana yang ada masih belum mencukupi. Sumbangan anda sangat diperlukan. Maklumat lanjut dan sumbangan secara atas talian boleh layari : 

 
 
 
(resit akan dijana secara automatik)
 
Sijil wakaf juga disediakan bagi yang memerlukan.
 
Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun :
 
551100301405 (maybank)
8601486179 (CIMB Bank)
Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis
 
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Terima kasih atas sokongan anda.
LAGI

MENERUSKAN SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3

Assalamualaikum w.b.t
 
Ahlan 2023 🥳
 
Alhamdulillah 🤲🏻 anak-anak sudah kembali ke sekolah bagi sesi penggal 3 sesi 2022/2023 🥳🥰
 
Semoga anak-anak/ guru-guru terus gigih & bersemangat menimba/menabur bakti lillahi ta'ala serta beroleh khusnul khotimah fiddunya Wal aakhirah 🤲🏻🥰
 
Bittaufiq wannajah Fil imtihan anniha'i semua anak-anak SRIIN 🤲🏻🥳
 
 
 
 
 
 
 
 
LAGI

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SRIIN 2023

🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂
 
PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2023
Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis
 
‼️KINI DIBUKA‼️
 
🎋 Ayuh daftarkan anak anda di SRI Ibnu Nafis🎈
 
🎋 SRI Ibnu Nafis merupakan sebuah sekolah swasta yang berdaftar rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Johor.
 
🎋 Menawarkan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA & Sijil Hafazan SRIIN
 
🎋 Menawarkan Silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) & Tahfiz Al-Quran
 
🎋Modul Pembangunan Sahsiah Akhlak, Keperibadian & Kepimpinan.
 
🎋 Yuran merangkumi Makan (Sarapan & Tengah hari) & Kelas Mengaji Al-Quran.
 
••••••••••••••••••••••••••••••••••
 
🎋 BAGAIMANA MAHU DAFTAR❓
 
🍂 Sila Dapatkan Borang Pendaftaran Di Pejabat SRI Ibnu Nafis di alamat : No 317A, Jalan Kenanga 29/9, Indahpura Kulai
 
🍂 Atau hubungi talian 07-662 3509 (Pejabat), 010 7072842 / 014 9841643 (Kerani).
 
🍂 Atau layari pautan : https://bit.ly/3hYKZAx 
 
🍂‼️ Ayuh Daftar Segera. Tempat Adalah Terhad‼️
LAGI

USRAH PERDANA DI KEM BINA NEGARA GUNUNG PULAI

Alhamdulillah, semalam barisan murobbi Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis telah menjayakan Usrah Perdana di Kem Bina Negara Gunung Pulai.Aktiviti mendaki bermula seawal jam 9.00 pagi dengan kendalian jurulatih yang hebat. Program berbentuk santai tetapi memberi banyak pengajaran. Tadabbur alam ciptaan Allah SWT. Sedikit sebanyak memberi ketenangan dan kekuatan buat para pendidik Ibnu Nafis.

LAGI

LATIHAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SRIIN 2020

Bismillahirrahmaanirrahim. Subhanallah alhamdulillah allahuakbar

Latihan Kejohanan Sukan Tahunan SRIIN 2020

Dah bermulaaaa!!!

  • Pasukan Inviso
  • Pasukan indigo
  • Pasukan tekno
  • Pasukan Neuro

Siapakah yang akan merangkul juara & menjulang piala Kejohanan Sukan Tahunan SRIIN 2020???

Nantikan pada Hari temasya Kejohanan Sukan Tahunan SRIIN 2020 pada 8 Februari 2020, Sabtu

LAGI

KURSUS JAWI BARU SESI 2020

Para guru didedahkan dengan Kursus Jawi Baru formula AWJAD.Selamat belajar semua!

Tenaga pengajar:


✏ Cikgu Rozeyana binti Samsuri

✏ Bertugas di sek agama medini iskandar puteri

✏ Jurulatih utama Kebangsaan AWJAD Negeri Johor(JUK)

LAGI

MAJLIS PELANTIKAN & PENYERAHAN WATIKAH

Bismillahirrahmaanirrahim.

Majlis Pelantikan & Penyerahan Watikah kepada Pengawas & Pustakawan/wati SRIIN sesi 2020 "Pemimpin yang baik ibarat kayu besar di tengah padang, tempat bernaung & juga tempat berlindung kehujanan"

LAGI

Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan