You are here:: Galeri Berita Berita Semasa MUNAJAT PERDANA DAN KEM TAHFIZ & IBADAT 2011
 
 

MUNAJAT PERDANA DAN KEM TAHFIZ & IBADAT 2011

E-mail Cetak PDF

Pada 6 dan 7 Mei 2011 yang lalu, Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis telah menganjurkan Munajat Perdana dan Kem Tahfiz dan Ibadah 2011. Ibubapa pelajar juga turut dijemput dalam majlis Munajat Perdana. Tidak lain dan tidak bukan tujuannya ialah untuk bermunajat dan bermohon kepada Allah agar pelajar Sekolah Rendah Islam

Ibnu Nafis cemerlang dalam pelajaran dan berjaya membentuk diri dan sakhsian mengkut acuan Islam.

 

 

Dalam Siri 1 ini, para peserta dilatih untuk menguasai ilmu fardhu ain melatuh latihan secara praktikal. Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk melaksanakan ibadah Solat dengan sempurna. Selain itu, para peserta turut diberikan kaedah berkesan bagaimana untuk meningkatkan hafazan masing-masing. Ini bagi memastikan, matlamat sekolah untuk melahirkan pelajar yang cinta pada al-Quran akan terhasil.

Dalam kem ini juga, peserta didedahkan dengan ibadah-ibadah sunat seterusnya menggalakkan mereka melaksanakan ibahdah sunat ini dalam aktiviti kehidupan seharian.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini ialah :
- Solat Hajat dan bacaan Yaasin
- Tazkira keibubapaan
- Bengkel hafazan
- Bengkel Solat
- Praktikal solat dan wudhu'
- Latihan wirid dan doa selepas solat