You are here:: Galeri Berita Berita Semasa Tamrin Guru 1.0
 
 

Tamrin Guru 1.0

E-mail Cetak PDF
HUTAN BANDAR PUTRA, 5 Mei – Seramai 24 orang guru telah menghadiri program Tamrin Guru 1.0 yang telah diadakan di Hutan Bandar Putra pada Jumaat (5 Mei) yang lalu. Program bermula kira-kira jam 8.00 pagi dan tamat sekitar jam 12.00 tengahari.

Seramai 24 orang guru telah menghadirkan diri bagi mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan. Program bermula dengan senamrobik diikuti kawat kaki untuk memberi kecergasan kepada guru-guru. Guru-guru lebih diberikan slot ice breaking iaitu sesi taaruf supaya mereka lebih saling mengenali antara satu sama lain dan mampu berkomunikasi dengan baik.

Bagaimanapun, hujan lebat di pertengahan program mengehadkan aktiviti dan beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan.

Pihak pentadbiran selaku penganjur Tamrin Guru 1.0 ini berharap hasil yang amat memberansangkan daripada guru-guru dalam menggalas amanah sebagai murobbi kepada para pelajar dengan penuh komitmen, amanah dan dedikasi.