You are here:: Galeri Berita Latest Iftar Ramadhan 2017
 
 

Iftar Ramadhan 2017

E-mail Cetak PDF
15 Jun – Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis telah mengadakan Program Jamuan Iftar Ramadhan di perkarangan sekolah pada khamis lalu. Para ibubapa telah dijemput hadir bersama seisi keluarga untuk berbuka bersama di perkarangan SRI Ibnu Nafis.

Para hadirin berbuka dengan kurma dan kuih-muih sebelum menjamu makanan berat seusai solat fardu maghrib. Guru Besar sempat memberi ucapan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja dan mereka yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan program tersebut. Tidak lupa kepada semua yang terus menyokong dan mendokong SRI Ibnu Nafis hingga ke hari ini.

Para hadirin menunaikan solat fardu isyak diikuti solat sunat tarawikh. Kemudian, satu sesi kuliah diadakan dan telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Fahmi bin Muhammad Anuar bertajuk ‘Ibrah Perang Badar’.